<meta name='google-adsense-platform-account' content='ca-host-pub-1556223355139109'/> <meta name='google-adsense-platform-domain' content='blogspot.com'/> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head> <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/4707934216008655118?origin\x3dhttp://tiadabatasanmenujulangit.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



entriesaboutchatlinks

Thursday, April 10
ketentuan dan kekuasaan. @ 03:15



kisah benar.
aku percaya pada Tuhan, dan aku percaya pada kekuasaan-Nya pada setiap inci permukaan alam semesta ni. aku percaya pada qada' dan qadar - takdir dan ketentuan yang Tuhan telah tetapkan untuk segala yang telah, sedang, dan akan berlaku. aku percaya pada dosa dan pahala - ganjaran menurut apa yang telah kita kerjakan, jika baik maka baiklah ganjarannya, dan jika buruk maka buruklah dapatnya.

apa yang aku cuba cakapkan?

macam ni.
minggu lepas aku nak daftar untuk kelas quarter ni, tapi by the end of the week aku kurang 4 unit. international students kena ada at least 12 unit untuk stay for the quarter (untuk visa purposes), so aku pun kelam-kabut tak tenteram masa weekend tu. kalau aku tak cukup 12 unit aku kena balik Malaysia, aku taknak laa balik sebab alasan remeh camtu. serius cakap, aku memang tak boleh nak rasa apa-apa sebab ada perasaan incomplete dalam diri.

cam biasa, Jumaat malam aku akan call umah, dan aku pun cerita laa problem tu kat mak ayah aku. mak aku akhirnya kata : "buat solat hajat, mama ngan papa pun akan tolong solat hajat jugak, orite? jangan risau sangat, kalau tak dapat jugak kelas tu (Thermo 2), amek je laa kelas yang lain." aku pun tetiba rasa ada harapan balik, walaupun masih tak stabil harapan tu, tapi harapan masih harapan - lagi pulak aku memang betul-betul nak kelas tu. so aku pun pohon hajat kepada-Nya, mintak sungguh-sungguh, sebab aku percaya Tuhan itu maha pengasih, maha mengetahui, maha adil, dan Dia tahu apa yang baik untuk kita - kalau kita berhak untuk sesuatu, Dia akan perkenankan hajat kita, dan kalau kita tak berhak, dan Dia tak perkenankan hajat tu, maksudnya ada lagi perkara yang sepatutnya kita buat, kita tak buat. Dia nak kita usaha lebih lagi, suruh kita carik apa yang kita kurang. Dia nak test kita, nak tengok sama ada kita boleh terima atau tak ketentuan-Nya, dan sama ada kita yakin dengan kuasa-Nya.

dan syukur, Isnin lepas, aku pergi jumpa lecturer, dan dia kata aku memang boleh masuk kelas tu sebab result aku agak baik jugak untuk kelas de yang lepas. lepas je aku keluar ofis lecturer tu, aku sengih sengsorang, dan aku pasti orang-orang yang tengok aku akan kata aku gila.

aku e-mail mak aku, dan mama kata tu namanya "divine intervention".
memang untuk aku, experience ni menampakkan lagi kuasa Tuhan depan mata aku sendiri.

di kala susah, kembalilah pada-Nya. di kala senang, syukurlah pada-Nya.