Monday, March 30
wahai laut biru. @ 04:59
Kedengaran bunyi ombak sayup-sayup, semacam suatu sensasi dalam mimpi.
Tidak, tidak.
Seperti berada di suatu alam di antara mimpi dan realiti.
Yang mana andainya tangan ini diangkat dan dihalakan ke arah muka, bagai boleh melihat terus menembusinya dan menampakkan suasana di sebelah bahagian yang terhadang dengan tangan tersebut.
Kepala ini diangkat, disapu-sapu belakangnya yang berpasir halus.
Badan ini dinaikkan, terasa ringan dan seperti berada di awang-awangan.
Duduk sebentar, memandang ke hadapan, kemudian menoleh ke kiri dan ke kanan.
Tiada siapa di sekeliling.
Mendongak pula ke atas.
Terlihat hamparan langit gelap yang sedang dilalui bawahnya awanan berat, menghadang sinaran sabit bulan yang sebenarnya tidaklah secerah mana.
Bintang-bintang juga bagai malas-malas sahaja mahu menampakkan diri.
Teringat pada bunyi ombak tadi.
Sungguh, ada lautan luas di hadapan ini.
Tetapi mengapakah bunyinya seperti ia datang dari tempat yang amat jauh?
Mahu dikatakan ada penghadang di antara telinga ini dengan lautan itu, tidak pula terasa ada apa-apa. Tangan ini cuba juga meraba-raba di telinga dan di sekeliling perimeter badan, memang tiada apa.
Lautan itu tidak mahu bunyinya diperdengarkan, mungkin?
---------
cerita yang takde pembuka dan penutup.
sila komen kalo nak.
wahaha.
Labels: cerita



