<meta name='google-adsense-platform-account' content='ca-host-pub-1556223355139109'/> <meta name='google-adsense-platform-domain' content='blogspot.com'/> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head> <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/4707934216008655118?origin\x3dhttp://tiadabatasanmenujulangit.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



entriesaboutchatlinks

Wednesday, December 16
holding hands like they're Malays. wait, what? @ 07:49

melayu. apa tu melayu?
kalau soalan ni ditanya time zaman mak ayah datuk nenek aku dulu, aku bolehlah kata : "melayu tu bangsa yang mementingkan kesopanan dan adat resam" etc.

tapi kalau ditanya soalan tu sekarang, boleh ke aku bagi jawapan yang sama?
lagi pulak kalau suasana time tu kat tempat muda-mudi selalu lepak.

takkan nak kata berpeluk-peluk berpegang tangan tu perangai yang sopan?

eh jahanam, kalau nak main-main pun jangan laa depan orang ramai. banyak mata yang memandang tau tak? nanti disebabkan jahanam-jahanam macam kau, orang pandang serong kat bangsa kita.

"gila uptight dowh kau ni. chill la."

haha chill? kau cuba jawab macam tu nanti kat mak bapak perempuan/lelaki yang kau peluk tu. lepas tu kau jawab macam tu jugak kat malaikat yang dalam kubur nanti. kau rasa diorang akan bersabar macam aku?

"zaman sekaranglah, ramai buat macam ni."

dan perangai yang ikut-mengikut macam nilah yang membuatkan melayu senang jadi target. kalau semua nak ikut orang lain, sampai bila-bila pun takde siapa yang boleh jadi pemimpin, nak lead bangsa sendiri. bila dah jadi macam tu, kita marah pulak ada bangsa lain yang nak ambil alih jawatan pemimpin. kan hipokritikal tu?

"dia tak kisah pun aku peluk, kau kecoh apsal?"

kalau kau lelaki, kau kena ingat KAU yang kena bimbing perempuan. kalau kau rasa perlakuan macam tu takde salah, then by all means, go ahead, keep it going. just remember that she's someone's daughter, and you hold the responsibility over her image when you guys are in the eyes of the people around you.
kalau kau perempuan, kau kena ingat betapa senangnya LELAKI take advantage of kau...apa, diorang langsung tak ambil kesempatan? gila suci murni lelaki tu. pasti dia takde nafsu langsung kan?

bukan maksud aku nak membebel macam ni, tapi memang sakit sebenarnya tengok ramai yang buat macam ni. dan bukan nak kata aku ikut landasan kesopanan tu secara sempurna -- korang pun tau aku banyak gila guna perkataan yang tak patut, kasar, mencarut semua kan -- tapi still, untuk bab lelaki-perempuan ni, for some reason aku tak boleh nak pandang ringan sangat. UNLESS KORANG DAH KAWEN, ITU AKU TAK KISAH.

kalau aku sendiri yang buat perlakuan sepertimana yang aku nyatakan di atas, sila tanpa sebarang keraguan, datang kat aku dan lempang aku 2-3 kali.

sekian.