Wednesday, January 27
ini entri yang sangat panjang. @ 16:41
rata-rata entri ni pasal dialog aku ngan James.
sebab aku rasa ari ni tujuan aku datang lab semata-mata untuk dok melepak ngan beliau. sampai ke sudah aku tak usik pun kerja lab ahaha.
sila baca atas risiko sendiri.
- - - - - - -
lecturer Air-Cond kami, Mr Xue, takde for the whole day.
maka kelas dan lab Air-Cond untuk ari ni takde.
tapi aku datang jugak lab tu petang tadi atas alasan yang sangat murni : sambung group project, assuming yang lagi 3 orang tu datang. tapi honestly aku tak menaruh harapan yang tinggi pun haha.
bila aku sampai lab, aku try tengok sape yang ada.
rata-rata budak lab Air-Cond takde sorang pun datang haha. ada laa 3-4 orang kot.
aku try carik budak group aku (aku literally 'scan' lab tu cam robot -- sweep-vision dari kanan ke kiri...aku rasa aku ni separuh cyborg lah), dan aku nampaklah sorang : si James.
tapi muka beliau cam resah gelisah.
aku tanya aa : "weh ko knape?"
"ada selumbar dalam tangan aku weh! T_T" de jawab sambil tengah fumbling ngan stapler. sila bayangkan muka tak senang hati beliau mengikut imaginasi anda sendiri.
"EHHH?! camne bleh -- ?!"
"tadi masa aku lab machining, aku ada angkat satu device ni; aku taktau plak bawah mende tu ada banyak menatang selumbar ni. time tu aku rasa gak cam sakit, tapi aku buat taktau je. sampai aa aku letak device tu kat tempat lain, aku try tengok tangan aku -- memang sah ada selumbar besi tercucuk. asal de panjang lagi dari ni, tapi aku patahkan dah aa."
"duuude. saket tuu!!"
"tu aa...ko de tweezer ke pape tak nak kuarkan mende ni?"
"mane de...nailclipper pon aku takde."
"aa...camne ni...saket gle weh! sampai aku terpakse suruh member aku tulis note untuk aku tadi sebab aku takleh menulis."
"gila ahh...try aa tanya ofis department kat depan lab ni, mana tau diorang ada."
"ko sure ke?" *sambil cuba gak nak kuarkan selumbar tersebut*
"try je laa." aku kuar lab, dan si James tu pon ikut aa kuar.
kitorang try ofis department A ni (tak ingat aa dept apa, tapi engineering aa...manufacturing? ntah), tapi Puan Ofis A tu takde plak apa-apa nak bagi. kotak first-aid pon cam takde barang je haha.
then aku masuk restroom kejap.
pastu aku carik katne si James tengah berada; try tengok dalam ofis department B (pun tak ingat dept apa; tapi still eng dept aa), dan thankfully Puan Ofis B ada BOTH tweezer dan nailclipper! James panggil aku, mintak tolong kuarkan selumbar tu sebab susah nak kuarkan sendiri -- mende tu ada aa 0.5 mm je panjang de.
memula aku cam : "O__O eh what?" -- but then terus : "ah ok."
in the end, ianya berjaya dikeluarkan! :D
pastu Puan Ofis B bagi antiseptic ngan plaster kat beliau.
maka inilah, the adventures of little splinter lol.
- - - - - - -
pastu (yep sambung balik cite) masuk balik lab, konon nak start buat keje aa.
tapi disebabkan majoriti budak Air-Cond takde, maka kami pun tak sentuh langsung projek Air-Cond kitorang.
kami pun borak aa, sambil James salin notes ME406 dari Bernard.
antara topik pelik dan random :
satu : birthday and stuff
"eh ari ni bape haribulan? 23?"
"26...weh ko 3 ari lambat nih."
"tu aa...ah dah tak lama lagi =_=;"
"untuk ap -- oh birthday ko ngan Haruka!"
[Haruka adalah gf beliau, dan mereka berdua ada dalam FB saya walaupun saya tak kenal Haruka ngan rapat pun AHAHA. tapi Haruka cool :3]
"yep...ko tak rasa pelik ke kitorang nyer bday tarikh sama? pelik weh~"
"agak aa...tapi cool pe."
"still...aku bukan jenis yang selebret birthday, sebenarnya."
"ohhh." <-- AHAHA apekah reaksi bodoh ni.
"tapi Haruka, de mesti buat something ari tu -- dan konfem aku pun kena tarik sama..."
"so then ko selebret untuk de je aa."
"tapi kan at the same time tu selebret untuk aku sendiri gak?"
"ah i see."
"aku taknak aa pegi shopping barang untuk de kalo de takde sesame." awww XD
"aha..."
"sebab aku taktau barang apa yang de nak~"
"i see i see."
"aa aku taktau nak bagi de apa~ apa yang pompuan suka eh? gift card $50 kat Best Buy?"
[Best Buy adalah kedai barangan elektrik/elektronik.]
"duuude, apekah?! de pompuan aa!" (tapi dalam ati : ehhh aku ok je kalo dapat tu hoho)
"hmm...$100 gift card?"
"...apekah?!"
"ye aa, kalo de tak ske, aku bleh amek balik. ehehe." <-- mangkuk sungguh tapi relevan haha...
"eh tapi bukan ke korang nak pegi tengok ballet?"
"yeah...aa taknak pikir pasal tu weh~"
"eh apsal plak?"
"ballet...bosan aa. ko tau, masa aku tengok wayang ngan de, cite yang de nak tengok -- some girly movie -- ko tau pe yang aku buat?"
"apa?"
"aku senyap-senyap pasang earphone dengar lagu, pastu buat-buat tengok cite tu."
"duuude ko kejam weh!"
"well lagi elok dari tido kan?"
"yeah but still -- well i guess so."
"so aku kena carik wireless earphone sebelum hari tengok ballet tu; nanti bleh guna time tengok ballet hehe."
"ko...memang takleh blah."
awww comel je diorang nak tengok ballet untuk birthday! :3
dua : J-drama
"weh ko dah tengok line-up J-drama untuk winter?"
"aku...tak ikut drama...so tak."
"takyah, sebab cite sume tak best."
fyi beliau ikut J-drama ngan avid ahaha.
de tunjuk dua sites katne de selalu pegi untuk carik J-drama and the sorts -- sini dan sini.
panjang gila list title yang ada kat situ! seriusss.
kitorang bukak satu site --
"-- oh, my bad, ada satu yang best." beliau tunjuk kat skrin.
"tu pasal pe?"
"ko ingat kan cite ari tu yang aku tunjuk, yang sorang ni ada Hands of God, sorang lagi Hands of the Devil?" nama cite tu Orthros no Inu, kepada sesape yang berminat.
" aa haah."
"cite yang ni plak, ada 2 orang ni eksiden -- sorang ni ilang mata sebelah kiri, abang de plak mati. mata abang de transplant kat de. and somehow, mata kiri de sekarang bleh nampak mende...weirdly."
"heh? weirdly?"
"cam de bleh nampak mende in a different perspective. kan lain-lain orang, apa yang diorang tengok sume perspektif lain-lain? camtu aa lebih kurang."
"wah...gila cool..."
eh serius, de ni gila J-drama rasanya. Syazwan pon kalah kot ahaha.
btw cite yang de explain tu bertajuk Left Eye Detective.
tiga : komputer dan customization
"weh cekidaut aku nyer desktop :D"
serius desktop de agak cool.
"aku gne rainmeter!"
"...apa?"
"tengok tengok --" de tunjuk on-screen clock yang font de super-besar ahaha "-- aku bleh edit mende ni sendiri :D"
"eh nowai!"
"yep. meh aku tunjuk."
de right-click menatang tu, pastu yang buat aku super-kagum tu adalah : beliau ingat kod warna RGB; kalo nak kaler lagi terang, nombor tu lagi tinggi, kalo nak lagi malap, nombor tu rendah. camtu aa dalam eksplanasi (wtf eksplanasi) pendek.
"ehhh cool seh!" *mula fikir nak buat kat komputer sendiri*
"kan kan? pastu ko boleh edit segala ni sume sendiri ikut suka ati ko -- pastu, ah, ko tau kan sticky notes?"
"yep yep."
"tapi sticky notes tu ceharam; yang ni nyer lagi best." *tunjuk kat notes feature*
"...eh serius, aku ske yang tu lagi." *yang de tengah tunjuk*
"pastu, yang ni, lagi senang nak edit --" de demo notes tu ngan menambah 'nadia is weird!' dan aku dalam ati "eh memang takleh blah aa ko nih" tapi at the same time tekad nak gak menatang rainmeter tu "--see? senang kan? 8D"
"yeah..."
"ahaha aku akan just biarkan 'nadia is weird' tu XD"
"...mangkukkk."
- - - - - - -
pastu Haruka call beliau; Haruka amek beliau nak balik. awww comelll~!
beliau pun kemas aa barang sume.
"oh btw kat luar hujan, Haruka bagitau tadi."
"ehhh. lebat ke?"
"entah...ko nak kitorang antar balik?"
"eh takpe takpe."
"ko sure ni? bukan jauh pun."
"takpe~ aku de payung :3"
"orait~ okeh balik dulu."
"baaai. kem salam Haruka!"
"okes."
maka sekian sahaja dialog-dialog random.
sekian makaseh.
Labels: cerita


