Wednesday, March 24
aku memang suka attention pun. @ 13:05
maaf atas kekasaran bahasa dalam entry-entry sebelum ni.
serius, maaf.
tapi aku takkan tarik balik apa yang aku cakap.
hahaha.
- - - - - - -
tetiba rindu nak pegi kelas.
sebab kalau duduk rumah, senang sangat layan perasaan tak best ni.
aihhh.
ah, bukan mengeluh.
cuma berfikir tentang banyak perkara.
perkara yang takde kaitan directly dengan aku pun.
Tuhan Maha Adil, Maha Mengetahui.
maka aku percaya, Dia nak aku duduk sorang-sorang memikirkan hal-hal camni, biarkan aku berdepan dengan konflik-konflik remeh camni, semuanya ada sebab.
aku yakin dengan qada' dan qadar.
aku yakin dengan ketentuanNya.
yang aku tak yakin, hanya pada diri sendiri.
- - - - - - -
A akan percaya pada B jika B ada experience berkenaan sesuatu hal yang A mahu percayakan pada B; itu memang sifat manusia, kerana kita mahu seseorang yang boleh analisa tentang masalah kita secara betul.
oleh itu C, dia yang tiada experience dalam hal itu, takkan tahu mengenai hal A.
jika atas sesuatu kejadian, C akhirnya mendapat tahu tentang hal A, maka patutkah C juga rasa bertanggungjawab tentang hal itu?
apa kata anda, saudara semanusia?
(jangan tipu dan lari dari menjawab, sebab aku tau korang baca benda ni.)
- - - - - - -
sekarang,
minda aku hanya boleh terima idea-idea dari lagu-lagu yang aku tengah dengar.
'terima' di sini bermaksud 'terpengaruh'.
maknanya, kalau lagu aku pasni berunsur destructive, aku akan rasa nak pukul orang. (familiar tak, orang-orang yang ada FB aku? haha). dan kalau lagu pasni berunsur loneliness dan betrayal, aku akan rasa anti pada dunia (sekali lagi, familiar tak?).
bahaya weh camni.
- - - - - - -
kau rasa kau kecewa jadi 2nd option?
aku ni jadi orang terakhir untuk even tau, kau rasa apa aku rasa?
...then again, aku rasa aku terlalu banyak amek tau hal orang.
sape suruh menyibuk.
tapi kalau nak tau hal sebenar first-hand pun, takkan kena label penyibuk jugak kan?
aaah someone draw me a line between 'being nosy' and 'knowing the truth'.
- - - - - - -
dah la tu Nadiaaa
banyak sangat dah ni.
asek nak depresi je.
PSP dah ada, kertas untuk conteng dah ada, internet lagi laa ada.
nak jadi emo jugak kan.
kthxbai.


