Wednesday, March 3
perihal lab Air-Cond hari ini @ 14:06
YOSSHAAA
TRACE LOAD CALCS SIAPPP
AIR-COND PROJECT 80% DONE!!
sekarang yang tinggal hanya report + presentation!!
korang sila bayangkan situasi ni :
korang kena berdepan ngan program yang korang kena input data secara leceh dan telah mengambil masa yang sangat lama HANYA untuk key-in data, belum masuk pemilihan material, sistem, etc.
bila dah abes key-in, buat sesi pemilihan tu semua, tambah lagi kelecehan berganda.
bila habis pemilihan, suruh program tersebut kira heat load untuk sistem korang --
-- tapi heat load korang JAUH tersasar dari angka yang sepatutnya korang dapat.
dalam kata lain, gagal sama sekali.
mesti korang hampa kan?
dah aa spend masa yang sangat lama kat projek ni, tapi tak dapat result langsung.
tapi lepas tu korang cuba jugak lagi; terpaksa, sebab deadline dah nak dekat.
korang alter data sana sini, repair balik mana yang patut, dan suruh program tu run.
ah, result berubah! masih jauh dari yang betul, tapi at least nombor bukan negatif!
carik lagi mana yang boleh repair, dan run program.
sementara program tengah calculate, korang sesama team korang kata ayat ni, yang dah berkali ulang sejak first program run tadi :
"aku akan sangat hepi dan sangat bahagia kalau kali ni kita dapat weh."
program dah abes calculate, tengok result --
-- 3 saat berlalu tanpa ada sorang pun cakap apa-apa.
pastu :
"WEHHH COOL WEH COOL WEH KITA DAPATTT!!"
korang bersorak-sorai kat belakang lab (sebab belakang lab = port budak bermasalah seperti korang haha) pastu high-five sesama korang, sambil rasa lega melimpah-limpah dalam hati korang.
dapat bayangkan?
ya, itulah yang terjadi pada kami dalam lab Air-Cond tadi.
SERIUS RASA MACAM MENANG $1 JUTA.
padahal group lain dah dapat result 3-4 minggu sudah haha~ but whatever man, our victory! XD
ahhh inilah kot rasa bila kita dapat apa yang kita desperately nak kan?
- - - - - - -
eh sekarang aku dah boleh officially dikategorikan sebagai 'one of the boys/guys' sebab bila jumpa most of the guys, kitorang akan buat the 'slap-and-bump-fists'-thing, alaa macam salam gaya budak zaman muda-mudi sekarang aa (muda-mudi = tua sikit je dari remaja).
weird, sebab aku rasa aku yang 6 bulan lepas tak akan terfikir pun aku akan buat mende ni haha! mungkin sebab dulu aku masih belum ramai lagi geng budak ME; dulu aku antisosial sket, pegi kelas, dengar lecture, balik. mana nak borak sangat ngan budak kelas. kalau ada pun sorang dua je.
ni sekarang dah takde geng barulah nak buat geng ngan budak kelas kan.
well it's never too late for anything.
btw, yeah aku akan buat salam gaya itu haha :D
- - - - - - -
dalam lab Air-Cond tadi, aku rasa aku pandang si Chris tu banyak kali jugak YEY AKU SHAMELESS WUHUU! sebab beliau comel sangat hee. tapi beliau keluar lab awal, groupmates dia dah amek alih kerja so untuk apa lagi dia ada kat lab kan.
beliau adalah selamba dan cool heheh.
- - - - - - -
aku taktau apa perasaan orang lepas break up, tapi aku rasa mesti macam devastated gila kan? sebab aku rasa sorang mamat yang aku kenal ni masih dalam fasa recovery. kesian pulak aku tengok haha...aku pun layan je laa pape yang dia mengarutkan dalam/lepas lab tadi.
lagi kesian sebab dia ni tinggal serumah ngan (now ex-)gf dia; dah susun jadual sekolah sama-sama, sebab senang nak commute pergi & balik sekolah. dia kata memang awkward gila aa lately kalo dalam kereta; diorang tak bercakap apa pun. just tegur biasa-biasa je. awkward sehhh.
pastu pulak mamat ni kata memang dia dah rasa diorang akan break up, somehow. aku pun takleh nak kata apa aa kan. cuma harap dia recover, dan dia & gf dia akan ok sooner or later.
sebab aku tau, ada orang yang takleh nak berdepan ngan ex diorang walau camne pun;
sifat naif aku selalu kata : "kalau dah ex, takkan takleh jadi kawan biasa balik kot?"
tapi lepas buat observation untuk beberapa tahun ni, aku rasa pemikiran tu dah tak relevan.
tapi kan senang kalau jadi kawan je even though korang pernah serius dulu; rendahkan ego, tu je jawapan de. yeah, easier said than done, but it's not impossible kan?
wah terer aku susun ayat >:D
Labels: cerita